Support Me!

Saturday, August 27, 2011

Balik kampung!!!!!

Rasanya semua orang menunggu saat balik kampung kan...
Almaklumlah...setelah sebulan berpuasa...
Cuti raya juga la paling lama yang d'nanti2kan..
Bagi yang b'kerja yang tidak henti2...
Masa inilah yang digunakan untuk mengeratkan kembali silaturrahim sesama keluarga...

Tahun ni seperti biasa qila akan pulang ke Melaka..
Tak perlu nak main osom ke apa2..sebab memang mak & ayah orang Melaka...
Memang tiap2 taun la ke Melaka....
Insyaallah taun depan balik kampung lain pula kot....

Tahun ni..Along tak sempat nak balik beraya bersama..
Along beraya di atas kapal la nampaknya...
Apa2 pun we all miss u Along...

*Note:Lama tak jumpa nenek..

Saturday, August 20, 2011

Melbourne Balloon Flight~




Nak tau tak seawal 6a.m di Melbourne dah macam 8a.m di Malaysia...
Ada satu yang menarik perhatian qila sewaktu perjalanan ke Great Ocean Road..
Hot air balloon di awal 6a.m..

Info yang qila dapat dari Mr Sam mengatakan memang hari2 ada hot air balloon tu...
Rupa-rupanya orang dekat Melbourne b'sarapan pagi di dalam hot air balloon tu...
Bestnye...Dating dekat atas hot air balloon...

Tapi m'ngikut perancangan, hot air balloon tiada dalam senarai p'jalanan qila..
Oleh yang demikian..qila b'peluang untuk mengambil gambar hot air balloon je dari jauh..
Thank you Mr Sam sebab sudi m'perlahankan kenderaan anda...

Insyaallah kalau b'kesempatan lagi..qila akan datang naik hot air balloon itu...
Jika d'berikan rezeki untuk ke sana lagi la...

Sedikit info yang qila dapat

Melbourne Flight $350- Per Person
Melbourne Flight with Champagne breakfast $375- Per Person
Child Rate $270- Per Person
Child Rate with Breakfast $285- Per Person
(Child Age 6-12 yrs only)
 source: click here~

*Note: I love travelling so much.. 

Secret Recipe at Rawang~




Tujuan asal nak makan ice cream dekat ice room..
Tapi hampa tutup pula...
So plan bertukar ke Secret Recipe..
Maka order la banana split ni....

Janji ada ice cream juga kan...
Kalau tak dapat ice cream, balik dengan hampa pula kan..
Nanti tak boleh tido pula kan...
Mak qila pesan kalau nak makan, makan je...
Jangan simpan2 dalam hati tu...

*Note: Suka makan cheese cake dan ice cream...
Tapi ada time2 la..bukan selalu...

Friday, August 19, 2011

BBQ Chicken at Wangsa Walk~





Lama kan qila tak update blog ni tentang makanan..
Almaklumlah bulan2 puasa ni kan...
Nak update tentang makanan je qila b'fikir 2,3 kali..
Tergugat k'imanan qila bila tengok makanan...

Tapi nak update sikit la tempat yang qila pergi hari tu bersama kawan...
BBQ Chicken yang terletak di Wangsa Walk...
Makanan memang ok,tapi sikit sangat la ayam yang dipotong tu..
Kalau lebih kan sikit mesti best..
Lepas tu salad dekat sini fresh sangat...
Pasal air pula..coklat tu macam tak rasa la...

Qila boleh bagi 6/10 je dekat restoran kali ni...

*Note: Macam tak cukup je makan chicken chop hari tu..
Nasib la dpt backup dengan salad yang fresh...




Wednesday, August 17, 2011

Kereta vs Perempuan~



Gara-gara hujan yang lebat semalam sepanjang perjalanan qila ke Bukit Beruntung..
Gara-gara tahap kelajuan yang boleh dikira boleh 'tahan la'....
Gara-gara excited sangat nak balik berbuka...
Gara-gara dah nampak signboard Rawang...

Disebabkan itu juga la membawa kepada faktor kemalangan itu...
Disebabkan kemalangan itu juga la kereta buat hal pagi2 ni...

Walaupun luaran tidak teruk,jangan sangka dalaman ok...
Memang jawapannya tidak sama sekali betul...
Disebabkan ini juga qila telah m'ganggu seperti biasa  Kak Ira~ yang pro bab kereta...
Gangguan juga melibatkan Kak Emi~  dan Aina~ secara tidak langsung....
Qila juga telah mengganggu Izzul dan Acu dalam misi mencari pertolongan...
Jasa korang amatlah dihargai...

Note:
Dengan ini qila berjanji akan lebih b'hati2 dalam pemanduan selepas ini...


Cinta di bulan puasa~


Cuba hayati lagu dari sofaz ni betul2 ye...
Baru pagi tadi qila dengar dekat hotfm...
Memang best dan kena dengan keadaan qila sekarang..

Qila mula belajar erti sebenar cinta itu...
Yang selama ini qila hanya redah je untuk b'cinta..
Dan mungkin ini la hikmah d'sebalik p'pisahan yang berlaku...

Qila berharap cinta kali ini sampai ke p'hujungnya....
Berkat kesabaran membawa kepada suatu hasil yang tidak disangka2....

*Note:
Kepada Kak Emi~ n Kak Ira~
Percayalah lambat atau cepat ,cinta itu tetap akan datang..
Insyaallah....


Monday, August 15, 2011

Janji Manismu~


Lagu yang pernah d'nyanyikan Aisyah pada ketika dulu..
Tapi bukan topik ni yang qila nak coretkan...
Kita tekankan pada tajuk lagu tersebut..

Janji manismu....

Satu soalan je qila nak tanya...
Apa perasaan anda bila suatu janji tidak ditepati?

A. Marah
B. Suka ati

Jawab dalam hati jelah ye...
Thank you...

*Note : Kenapa nak berjanji dengan orang kalau tak mampu untuk berjanji...??
Kenapa nak buat orang b'harap pada benda yang tak pasti..??

Marilah kita berkongsi perasaan ini sama2 ye...kak iera~ n kak emi~


Saturday, August 13, 2011

Duit Raya oh Duit Raya~



Alhamdulillah..dah 14 hari kita berpuasa..
Lebih kurang 2 minggu je lagi untuk beraya...
Bagi yang b'kerja mesti tengah pening untuk mengira budget duit raya kan...
Budget nak shopping raya lagi..
Memang kalau tak budget betul-betul, lepas raya memang kering la poket tu...

Baru rasa perasaan bapa sedara,mak sedara dan mak ayah pada ketika ini...
Dulu tau nak hulur tangan je kan...
Kalau tak dapat muncung sambil hentak2 kaki..
Bila ingat balik memang kelakar..
Dunia ini berputar..

Sekarang sampai giliran kita pula..
Anak2 buah datang hulur tangan depan kita...

Bersedialah anda dengan situasi ini~


*Note:Shopping raya pun tak lagi ni..
            Qila berharap sangat adalah orang yang baik hati sponsor pada waktu2 kesesakan ini..huhuhu
            (Jom mimpi~)..Along pun tak balik raya taun ni....huhuhu
           


Friday, August 12, 2011

Najwa Latiff Vs Maddi Jane~


Najwa Latiff


Maddie Jane

Suka tengok diorang nyanyi..
Masing-masing ada style t'sendiri..
Walaupun masing-masing masih muda remaja..
Bakat tu memang tak dinafikan..

Go girls!!!!

I miss Aussie so much~





I really miss Aussie..
I love every moment at Aussie..
I love Aussie weather very much..
I love to eat pancake at Aussie..
I love to drink belgian hot chocolate at Aussie..

I really miss them so much....

*Note : I hope ,I get a chance to go Aussie again..

Tuesday, August 9, 2011

Ayam Percik Panggang Seri Menanti~


Resipi dari Chef de Partie Kanan, Syaari Hassan
disediakan chef daripada Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan.

Ingredients

* 1 ekor ayam

* 800 gram bawang kecil dikisar

* 100 gram bawang putih - dikisar

* 10 gram halia - dikisar

* 100 gram serai - dikisar

* 100 gram kunyit hidup - dikisar

* 1 sudu besar serbuk lada hitam - dikisar

* 2 helai daun kari - dikisar

* 3 helai daun limau purut - dikisar

* 2 helai daun kunyit

* 2 cawan santan pekat

* 20 gram lengkuas (sebesar ibu jari) - dikisar

* Garam secukup rasa

* Minyak masak untuk menumis



Cara-cara

1. CAMPUR...tuangkan bahan yang dikisar pada ayam yang dikelar pada bahagian berdaging tebal supaya rempah sebati.

2. RATAKAN...bahan kisar diratakan pada keseluruhan isi ayam dan perap selama 10 minit. Untuk rasa lebih elok, perap ayam semalaman. Panggang selama 36 minit pada kepanasan ketuhar 150 darjah Celsius.

3. TUMIS...lebihan bahan perapan ayam tadi ditumis hingga naik bau.

4. MASUKKAN...apabila mendidih masukkan daun kunyit dan kacau hingga bahan menjadi kering.

5. TUANG...kemudian masukkan santan pekat dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa. Apabila masak, tuangkan kuah ke atas ayam panggang.

6. MENYELERAKAN...ayam percik panggang Sri Menanti.

*Note

Bangga giler tengok abang sedara cipta resipi baru..Dulu abang syaari basuh pinggan je kot..
tapi dia suka m'ngisai dapur nenek... cipta cocktail2 baru...best!!!
Raya kali ni..abang syaari masak la kan...
Tahniah abang syaari..I love u so much~