Support Me!

Friday, September 30, 2011

Welcome to Split Point Lighthouse~






Akhirnya nampak juga Lighthouse berdiri
teguh di depan mata..
Selalu tengok dalam gambar je..
Tapi sayang tak dapat naik...

So kami bergambar jelah..
Sebagai bukti jejak kami di sini..
Memang best sangat-sangat..
Pemandangan yang cukup cantik...

*Note:Sepanjang di Melbourne qila tak pernah nampak sampah @ kertas...Di manakah
diorang suma buang@ memang tiada langsung kertas??

Thursday, September 29, 2011

Dinner at City of Melbourne~





Setelah habis shopping dekat Victoria Market
Gara-gara ingin mencari segala list yang
di utuskan dari Malaysia..
Sampai ke malam tawaf cari barang...

Gara-gara penat dan kelaparan di sini sebuah
kedai orang Singapore tak salah menjadi hala tuju
kami untuk makan malam.

Beehun sup dengan keropok melinjau..
1st time tengok resipi ni di Melbourne..
Dan nasi goreng yang penuh pinggan b'serta
keropok ikan..

Dan tidak lupa jus durian dari Melbourne..
Macam tak percaya kan ada buah ni di Melbourne ni..
Terubat juga la kan bagi peminat-peminat durian
di Melbourne ni kan..Ada juga la rasa durian walaupun
tak sehebat di Malaysia...

Alhamdulillah kenyang kami malam tu...

Friday, September 23, 2011

Why A Man Needs His Cave Time~

What is relationship between a man and a cave?

Ada kawan pernah tafsirkan perkataan ini dekat qila..
Disebabkan perasaan yang tidak puas hati qila mencari tafsiran dan mengkaji disebalik perkataan ini...
Memang tidak perasan ...
Yang suatu ketika lelaki ini suka m'jauhkan diri dari kita...
Cuba ingat balik...
Bila tiba-tiba perasaan kita sebagai perempuan merungut dan berkata:

a. Dia tak sayang kita lagi ke?
b. Nape senyap je dia?
c. Dia dah lupa dekat kita ke?

Bila difikirkan secara rasional..
Setiap hubungan tu perlukan ruang untuk diri sendiri juga..
Mungkin lelaki lebih suka menyendiri untuk muhasabah diri...
Dan masa menyendiri itulah dikatakan masa masuk gua...
Insyaallah semua akan kembali tenang ,selepas diorang mendapat ruang yang sempurna..

* Note: B'sangka baik terhadap hubungan yang kita sendiri setuju untuk jalinkan..

Thursday, September 22, 2011

Mekong Thai Kangaroo at Adelaide





Daging kangaroo masak paprik..
Gara-gara sampai ke negara yang t'kenal dengan kangaroo...
Santapan untuk dinner sudah semestinya kangaroo paprik yang sedap..
Daging yang lembut d'tambah dengan kuah paprik yang menyelerakan...
Bagi yang sesiapa yang ada kesempatan ke Adelaide ,singgah la di sini...
Antara hidangan lain yang 'best' dekat sini ialah tomyam..
Jarang nak dapat tomyam di Adelaide ala-ala thailand...
So...datang je di sini...Harga pun boleh tahan...
Yang penting kenyang dan berbaloi~

*Note:Jangan bayangkan muka kangaroo kalau nak makan dengan kenyang ye~


Monday, September 12, 2011

Welcome to My Grandfather's Home~






Rumah arwah atuk di Malacca...
B'hadapan dengan Riviera Hotel nama dahulu kalanya...
Sekarang Everly Resort Malacca...
Sekarang makteh yang jaga rumah pusaka ni..
Berapa kali kot datang tapi tak bergambar...
So..qila mengambil kesempatan hari ini untuk bergambar di depan rumah arwah atuk..

*Note:Bagi sesiapa nak makan masak asam daging yang pekat,dialu2kan b'tandang ke sini...

Saturday, September 10, 2011

Welcome to Sg Melaka~




Gara-gara ingin melepaskan hajat adikku Aiman..
Satu family turun sama-sama beratur panjang untuk menaiki bot..
Almaklumlah cuti raya katakan...
Memang berbaloi menunggu hampir setengah jam juga la..
Tiket hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak...

*Note: Bagi yang ingin melihat cahaya lampu yang cantik2,better datang malam...Nice view~

Saturday, September 3, 2011

1st Raya at Malacca~





Sesi b'gambar keluarga memang tak sah kalau tak buat kan..
Antara gambar-gambar yang sempat diambil di pagi raya di rumah nenek....
Tahun ni keluarga makandak je yang beraya pada satu hari raya di rumah nenek...
Yang lain beraya di rumah belah mertua...
Nasib baiklah mak n ayah qila 1 kampung...
Dah untung dah bab balik kampung...
Tak payah nak main "osom" ke "lat ta lilat ke"...
Memang terbaiklah....

Tahun ni gambar family qila kurang sorang...
Along tak balik beraya..huhuhu