Support Me!

Tuesday, February 25, 2014

Mungkin Diam adalah jawapannya~



Mungkin sampai masanya aku berdiam diri...
Mungkin susah untuk memahami diri ini..
Mungkin hati kau sahaja yang perlu dimengerti...bukan aku..
Ku hanya boneka yang hidup untuk mengikut kata-katamu..
Ku pasrah dengan ketentuan Ilahi..

Walaupun perit untuk ku telan..
Ku hanya insan biasa yang ada hati dan perasaan..
Biar orang lain bahagia..tetapi bukan aku..
Ku hanya orang luar ,yang menurut apa yang telah ditentukan..
Walaupun dalam hati berkata 'tidak', mulut ku dipaksa berkata 'ya' ..

Mungkin mudah bagi mereka, tetapi tidak aku..
Berkali-kali aku seorang penurut perintah..
Hanya mengangguk kata setuju, dalam hati Tuhan sahaja yang tahu..
Apa yang ku suarakan semuanya tidak sekali difahami ,kerana aku seorang wanita..
Wanita yang boleh hanya berkahwin sekali seumur hidupnya..
Mungkin mudah dilihat bagi kaum lelaki, tetapi tidak mudah bagi kaum wanita..

Hati ini seperti dihiris dan nafasku seolah-olah tidak mampu untuk bernafas lagi..
Ku bangun semua ini untuk mak dan ayahku..
Ku tak mampu untuk melihat mereka bersedih keranaku..
Mungkin takdirku telah ditetapkan begitu..
Jalan ini yang kupilih,jalan ini jugalah aku perlu redah hingga hujung nyawa..
Insyaallah ..

* Note:Biar orang buat kita, jangan kita buat orang...Insyaallah berkat hidup kita di dunia dan di akhirat..Amin