Support Me!

Thursday, October 2, 2014

Alahan oh alahan~

Jom nak cite sikit pasal alahan ni..Sekarang kandungan dah mencecah 16 minggu 3 hari..Alhamdulillah semuanya sihat-sihat aje tapi alahan still tak kurang.huhu

1. Selera makan 
    Nasi memang qila reject terus dari 1st time qila pregnant.Dari orang masak nasi sampai beras tu jadi nasi memang reject terus la.Say goodbye to nasi.So sekarang makan roti jelah untuk gantikan karbohidrat.

2.Busuk
Bab busuk ni qila pun tak tau..Pantang giler busuk sikit dekat hidung ni..Mula la nak marah, mula la nak loya2..Macam-macam la..So kesimpulannya kena wangi je..
Sampai laki qila yang dulu qila cakap wangi pun dah jadi busuk.Dok suruh dia mandi je..
Cian juga la..tapi nak buat macam mana kan..Sabar jelah ye..

3.Merah dan kuning
Sekarang nak ambil baju color ni nak iron memang confirm boleh t'golek dekat katil balik..
Memang reject color terang..Sekarang pakai color yang soft je..Nasib la pink boleh pakai lagi kan..

4.Jalan Jauh
Kalau nak drive dari Putrajaya balik Bukit Beruntung pun dah tak larat macam dulu.. Sampai je Bukit Beruntung kena cari tilam dulu landing..Tak ada maknanya nak duduk depan tv.. Penatnye macam bawa kereta ke Utara sana tu..Teruk benar..Lepas ni kena pasang driver kot..Memang alah nak drive jauh-jauh ni..Dulu boleh la nak jadi superwoman..hohoho


Rasa tu jelah yang qila alah..Tak la teruk mana sangat..Kena pandai elakkan jelah..
Harap-harap tak lama la qila alah macam ni..
Penat kot nak melayan..

*Note:Masa ni la nak uji suami kita sayang kita ke tak..muehehehe..Nak jadi puteri pun masa ni la..

Tuesday, August 19, 2014

Actually I'm Pregnant~


Alhamdulillah..After 3 month jadi isteri Mohd Al Qushairi qila disahkan pregnant..
Excited sangat2 lagi2 mak dan ayah qila..
1st cucu kot sape yang tak excited..
Macam-macam pesanan diorang bagi..

Mula-mula memang tak percaya sebab hari tu demam..
Bila pegi check doktor,doktor cakap negatif..
tu yang macam tak percaya tu..
Berapa kali juga la check nak confirmkan..

Awal hari tu macam mengidam sikit...sebab minta mak 'tombong'
Ala yang isi dalam kelapa tu..manis-manis n lemak-lemak rasanya..
Lepas tu dah mula moody je dengan laki qila..
Pantang dia buat salah..confirm kena marah..
Lepas tu demam la makin ketara..
Berapa kali juga la demam..
Sampai doktor pun dah kenal qila..

2nd time demam terus nak check sendiri..
sebelum pegi doktor buat pengesahan..
Alhamdulillah 2 line..maknanya pregnant la...
Nak jadi mak la..macam tak caye je..

*Note:Mummy to be~
 

Wednesday, July 2, 2014

Jalan-jalan cari makan~ Banana Cheese Pancake






Rindu pula nak makan pancake banana cheese...
Mana tidaknya..setiap kali nak balik hotel qila beli pancake banana cheese ni..
So 5 hari qila pegi sana..5 kali la qila beli...
Bila la nak dapat pancake camni lagi kan...
Kalau qila mengidam ke apa..kan susah...

Kalau boleh buat sendiri kan best..
Isi luar macam roti canai je..
Dalam tu ada potongan pisang kecil-kecil dengan cheese pun dipotong halus..
Bila makan..Memang best giler combination banana+ cheese
Selain banana+ cheese, ada banana+ chocolate, banana+ strawbery..
Macam- macam la..

Nanti kalau sape-sape pegi Ao Nang jangan lupa cari pancake tau..
Wajib cuba..Lepas tu makan dekat tepi-tepi pantai..
Sangat best..

*Note:Nak pegi lagi boleh??

Monday, June 30, 2014

1st Day at Aonang Beach~





Sampai je Airport terus cari teksi ke Ao Nang..
Sebab memang dah book hotel area Ao Nang..
Memang Kelaparan la masa ni..Nasi juga yang dicari..
Nasib la Ao Nang ni banyak kedai Halal sebab memang majoriti Islam..
So sape-sape yang nak datang Ao Nang..Tak perlu risau la..Makanan memang banyak je..

Qila selalu kalau nak pergi bercuti..Benda penting yang qila akan survey mesti makanan..
Lepas tu baru survey nak duduk mana..
1st restoran yang qila pegi 'Fareeda Retaurant' ni..
Jalan je sepanjang Ao Nang Beach mesti nampak punya la restoran ni..
Lebih kurang je makanan yang ada dekat Malaysia..
Mungkin cara masakan jelah yang berbeza sikit..

Orang Thailand ni memang suka cili sebab qila tengok diorang masak..
Dah masuk cili kering, masuk cili padi lagi..lepas tu masuk lagi serbuk cili..
Memang hot n spicy la kalau pesan makanan dekat sini..
Tak percaya cuba la Tomyam Gung (Tomyan Kung) 
 

*Note:Bulan-bulan puasa update pasal makanan..Dugaan...
 

Thursday, June 26, 2014

Honeymoon Trip~






Alhamdulillah majlis pun berjalan dengan lancarnya..
Jom kita pegi honeymoon pula..Tak best pula kalau tak spend masa dengan suami kan..
Bukan senang nak cuti panjang..
Alang-alang kita pegi la jauh sikit..tapi tak la jauh sangat..
Negara jiran je...

Trip ke Krabi selama 5 hari 4 malam..
Kami tak ambil pakej pun..Just beli tiket flight airasia & booking hotel..
Dah nama pun honeymoon trip..Tak mau la rushing2...
So relax sudah..Bangun tido baru fikir nak pegi mana...

1st time naik dekat KLIA2..penat juga la kaki ni nak berjalan dari pintu masuk ke pintu naik flight..
Dah la besar..jauh pula tu..Kalau yang berumur mesti diorang lagi penat..
tapi bangunan sangat cantik..qila suka..

Nanti qila cite apa yang ada dekat Krabi ye..
Hari ni update pasal KLIA2 je dulu...
Tunggu tau..Nak sambung keje balik..

*Note:Teringat dekat Krabi..Macam nak pegi lagi je...Best sangat

 
 

Wednesday, June 18, 2014

Everything is Pink~










Jom qila cite pula pasal tema wedding..Sudah semestinya pink..
tapi qila combine pink dengan blue..
Yelah kang monyok pula muka pengantin laki kena pakai pink..
So untuk selamatkan keadaan qila combine dengan blue tapi pink still wajib..

Catering kali ni qila still select Siti Catering..
Memang tak pernah berubah la..dari Along kawen pun..
Maklumlah kawan ayah sendiri..

Yang guessbook corner, candy corner suma setup sendiri je..
Makcik siti bagi meja je..yang lain kitaorg buat..Dia just bagi pendapat je..
Apa lagi nak bagi tau ek..Yang berkat bagi orang ramai tu..
Qila order direct dengan Restu Rezeki je..
Siap dengan kotak dan hantar rumah terus..
Tak payah susah-susah nak ambil..
 
Apa yang penting pink..
 
*Note:Nak buat macam mana dah peminat pink...Warna lain jeling sebelah mata je...




I

Jom Outdoor~


Gara- gara kesuntukan masa untuk bersiap bagi majlis pesandingan pula..
So kami decide untuk ambil gambar dekat-dekat je..
Cantik juga apa..Janji ada gambar baju akad nikah..
Nasib baiklah photographer kitaorg tak kisah dan layan je kerenah kitaorang ni..

Maklumlah akad nikah pukul 9am..Nak sanding pukul 12am..
Mak andam nak makeup sejam lebih juga..
Tu yang belasah je b'gambar dekat mana-mana..
Janji ada dari tak ada kan..hehehe

Cantik juga kan gambar-gambar outdoor qila...
Puji gambar sendiri...ngeeee
 

Officially Married~







Finally..I'm officially married.
Alhamdulillah selepas 2-3 tahun juga la berkawan..
Orang kata..kalau dah jodoh tak kemana..Lambat dengan cepat je kita tak pasti..

Jom qila citekan sedikit sepanjang majlis akad nikah qila..
Semuanya dirancang rapi oleh mak dan ayah qila dengan sangat baik..
Macam orang lain juga majlis b'temakan cream yang melambangkan suci murni..
Disebabkan qila memang peminat tegar pink..qila selitkan dengan beading pink pada baju qila dan juga tudung dengan warna pink lembut..
Baju nikah d'design oleh mak qila sendiri..
Almaklumlah dari kecil sampai la ke besar mak qila je faham 'taste' qila..

Alhamdulillah selamat sudah semuanya..
Lepas ni boleh panggil Puan Qilah ye..tapi kalau nak panggil Cik Qilah pun tak apa..


*Note:Thank you to marry me Mohd Al Qushairi


 
 

Tuesday, February 25, 2014

Mungkin Diam adalah jawapannya~



Mungkin sampai masanya aku berdiam diri...
Mungkin susah untuk memahami diri ini..
Mungkin hati kau sahaja yang perlu dimengerti...bukan aku..
Ku hanya boneka yang hidup untuk mengikut kata-katamu..
Ku pasrah dengan ketentuan Ilahi..

Walaupun perit untuk ku telan..
Ku hanya insan biasa yang ada hati dan perasaan..
Biar orang lain bahagia..tetapi bukan aku..
Ku hanya orang luar ,yang menurut apa yang telah ditentukan..
Walaupun dalam hati berkata 'tidak', mulut ku dipaksa berkata 'ya' ..

Mungkin mudah bagi mereka, tetapi tidak aku..
Berkali-kali aku seorang penurut perintah..
Hanya mengangguk kata setuju, dalam hati Tuhan sahaja yang tahu..
Apa yang ku suarakan semuanya tidak sekali difahami ,kerana aku seorang wanita..
Wanita yang boleh hanya berkahwin sekali seumur hidupnya..
Mungkin mudah dilihat bagi kaum lelaki, tetapi tidak mudah bagi kaum wanita..

Hati ini seperti dihiris dan nafasku seolah-olah tidak mampu untuk bernafas lagi..
Ku bangun semua ini untuk mak dan ayahku..
Ku tak mampu untuk melihat mereka bersedih keranaku..
Mungkin takdirku telah ditetapkan begitu..
Jalan ini yang kupilih,jalan ini jugalah aku perlu redah hingga hujung nyawa..
Insyaallah ..

* Note:Biar orang buat kita, jangan kita buat orang...Insyaallah berkat hidup kita di dunia dan di akhirat..Amin


Sunday, December 29, 2013

My roomate @ officemate wedding~ Nurul Suhaida






Alhamdulillah selesai sudah wedding Nurul Suhaida selaku officemate @ roomate @ mate2..
Lepas ni tak ada dah peneman nak makan, jalan2 Putrajaya yang membosankan ni..huhu
Lepas ni kena tunggu tunang balik jelah untuk temankan..tu pun kalau dia tak sibuk..
Seorang demi seorang kawan qila kahwin...Penutup buku untuk tahun 2013 ni katakan..

Apa2 pun qila nak ucapkan tahniah kepada Nurul n Syazwan..
Kawan qila Adam pun kahwin juga keesokan harinya..Tak sempat nak pegi sebab tenaga dah kurang..
Tak sangka Adam kahwin dulu..Apa2 pun tahniah qila ucapkan..
Qila tau korang mesti baca apa yang qila duduk tulis ni..
Mesti kembang hidung2 dok baca bila qila mention nama korang kan..hehehe

Adat la..Setiap orang dilahirkan b'pasangan..Lambat dengan cepat je bezanya..
So lepas ni jangan lupa datang wedding qila pula ye..
Tujuan qila datang pun sebab nak collect hadiah banyak2..
Pandai tak taktik qila..Mesti kena balas m'balas kan..Adat orang Melayu katakan..

Last ..Qila nak pesan jadilah bini n suami yang baik..Amin..

*Note: Nape la qila tak kahwin cepat2..huhuhu