Soalan yang membuatkan hati qila b'kobar-kobar ingin update blog~tapi bukan hari ni sebab qila perlu dapatkan source yang best dan cool untuk semua pembaca especially blogger-blogger yang sudah register nuffnang~Qila tau mesti satu persoalan kalau tak update blog..buat apa nak tengok dia punya blog kan..
So..biar jelah..Kalau dia update baru pergi..Betul ke??Cian dekat orang yang tak update blog tu.. Mesti dia ada sebab-sebab @ alasan-alasan yang tertentu...Maybe dia bz kot..Maybe dia tak sihat kot..Maybe dia balik kampung kot..Mana kita nak tau kan..Qila tak update blog hari tu pun ad sebab..Salah satunya.. dah makan ubat sudah semestinya tido~ubat tu kan mengantuk..So sebagai blogger apa kata kita sampaikan pesanan dekat dia macam hamba Allah sorang ni sampaikan pesanan dekat qila.."Nape tak update blog...Are you ok?Miss your entry..."Mesti diorang cepat-cepat update blog..Betul x?..Kalau tak percaya cubalah...Ok itu jelah qila nak bebelkan..Esok qila akan lebih rajin untuk update entry2 baru untuk korang pembaca yang setia tu..Love u all~mmmmuuuuaaaaaahhhhhh~
Gara-gara melengah-lengahkan tempoh untuk b'jumpa Mr Doc suhu badan meningkat mendadak,badan lemah,tak ada selera makan dan tido pun tak lena.Memang tak sedap badan langsung.. Sampai keesokan pagi tu my mum paksa juga pergi berjumpa Mr Doc.Plan asalnya nak tunggu my dad balik juga (dalam nada merajuk juga la..dah la anak demam,tak kan la keje still no 1)...Geram tapi kena pergi juga d'sebabkan suhu badan makin meningkat dan d'sebabkan my mum siap panggil kawan dia bawa qila pergi doktor..Segan la kalau cakap tak nak..Memang betul la pergi doktor siap kena suntik terus..huhuhuhu... agak panas tahap apa entah..rasa rebus telur pun sedap kot..Dah kuar ada hadiah lagi doktor bagi..apa lagi..Sudah semestinya bekalan ubat-ubat yang banyak juga la mau d'telan..Nasib baik qila tak ada masalah menelan ubat..Thank you doktor...(dalam hati..tak nak jumpa kau lagi..)..huhuhu
Dah telan ubat sudah semestinya kena tido.Sampai kemalam qila tido tanpa sedarkan diri.. Memang power betul la.Sampai laptop pun tak d'sentuh..pecah record juga la...janji qila dah ok sekarang..
Alhamdulillah...
*Kesimpulan:~ bagi korang yang rasa tak sedap badan tu jangan la cakap ok..mesti ada tak kena tu..Sebelum melarat baik korang berjumpa dengan doktor dengan segera..Hensem tu doktor~memang terus baik la..Confirm qila cakap...:-)
Semalam cuti sempena thaipusam tapi hari ini kena keje tapi tak apa sebab semalam cuti yang best~
Qila dapat jumpa zira,nas,esan dan amiruddin lepak-lepak di One Utama.
Janji pukul 10am tapi biasalah janji Melayu bukan kadang-kadang tepat kan.
Pukul 11 juga la baru semua dapat berkumpul.Nak tunggu berkumpul singgah di Mc Donald untuk alas perut katanya~ lepas tu pergilah masuk karaoke d'sponsor esan dan amiruddin~ layan 15 lagu~ melalak sakan..
Habis je melalak singgah di Pizza Hut~my favourite..Memang borak sakan almaklumlah~ lama tak jumpa..Masing-masing ada cita..Sampai tak perasan dah petang...Rasa macam tak nak balik..
Tak apa next time jumpa lagi.Kita pergi picnic beramai-ramai...
Apa2 pun best sangat layan lagu dengan korang dan borak-borak sampai tak ingat dunia~
Semalam qila tengok Majalah 3.Ada isu pasal buaya tembaga yang terdampar di tebing-tebing sungai.
Paling banyak kes dekat Port Dickson .Sungai Linggi~Memang tempat tumpuan tu. Qila pun pernah b'mandi- manda di sana.Siap buat BBQ lagi..huhuhu..Lepas tu lagi satu kes dekat Teluk Cempedak tempat qila lepak bersama kawan-kawan masa training dulu.Memang tempat-tempat "hot" tu.. Tak sangka tempat-tempat "hot" tu la sebenarnya berbahaya.Nasib baik la dia tak muncul masa qila dan kawan-kawan lepak.Kalau tak mesti dah masuk paper~huhuhu..
Kesimpulan:Berhati-hatilah.Dekat mana-mana pun sekarang tak selamat dah nak pergi. Dekat shopping mall pun bukan selamat.Buaya darat banyak tau..tu pun d'kategorikan buaya juga kan..
Alkisahnya begini..Dalam masa perjalanan ke Tabung Haji dah berniat dalam hati.. (Janganlah pakngah kuar office~)..Biar dia bz duduk dalam office tu..Kena bagi tau..tujuan saya ke sana untuk menemani kak dila~ Yang turut masuk dalam kisah ni..Kak Ira dan Kak Emi..
Setelah Kak Dila selesai b'urusan rasa lega bangat..ok qila tak nampak muka-muka yang dikenali..
Then kak dila ajak pergi minum-minum.Baru pukul 11.00am so still selamat rasanya.Qila minum air jagung
je...disebabkan baru je breakfast.Rasa selamat je masa minum air jagung tu..
Last2 terasa je nak pandang belakang tu..Tak sangka betul..orang yang qila cari sudah muncul. Berbaju biru dengan tie birunya..tengah bercakap dengan kawannya..x silap qila Datuk Khalid.Mula macam tak percaya..
Pusing balik dengan gaya senyumannya macam ayah sebiji...gaya dia pergi membeli,mesti cari cermin mata bila nak bayar..sah itu memang pakngah qila..
Yang tak bestnya..qila boleh lari macam tu sekali..hahahaha...macam nampak hantu..Padahal pakngah sendiri..Sorry pakngah..harap-harap dia tak nampak..
Sebab Qila lari:
1. Pukul berapa ni? Jam pukul 11.00am..kuar buat apa?
2. Dalam hati..Kalau qila tegur..confirm..Qila buat apa dekat sini? (nak jawab apa???)
3. Ramai sangat lelaki dekat situ..bertambah la malu qila nak tegur..( tak boleh salahkan qila kan)
Note:Qila ada alasan untuk berbuat demikian..Nak tau sape pakngah qila..pergi tanya nak jumpa Datuk K..
Sorry pakngah...Tak sengaja~
Welcome to Broga Hill.Akhirnya sampai juga menuju ke sini...Tepat jam pukul 5.15am dari desa pandan. (kononnya pukul 4..haha..masing2 tido..)..Dalam pukul 6am mula m'daki dengan d'temani torchlight~
Memang gelap..x nampak jalan.Masing-masing macam orang buta..tapi best sangat2 bila sampai ke kemuncaknya.Memang m'cabar sikit dekat qila.Almaklumlah selalu memanjakan diri je tau..but hari tu x ad manja2..suma kena redah..nak x nak kena juga kuatkan diri harung bukit2 yang m'cabar dan licin tu.
Alhamdulillah semuanya selamat.Insyaallah ada masa qila nak pergi lagi..
(Sakit kaki sudah..jalan pun x betul dah masuk office)...
Hari yang sangat penat tapi best~nak kena cita sikit juga d'sebabkan dh beberapa hari x update blog.Qila takut followers from nuffnang lari pula~Actually..ada benda nak update tapi bukan sekarang.Boleh tak tunggu Isnin ni.Hari ni dikira dalam sejarah juga la..Kuar pukul 5 pagi panjat bukit Broga,lepas tu ikut kak ira pergi swimming~lepas tu dapat satu mesej from kawan nak jumpa pukul 3.Lepas tu lepak rumah baru daliana discuss pasal kawen~banyak benda juga yang x settle.Macam-macam nak kena buat lagi..Lagi sebulan lebih tu.Sampai la pukul 8pm baru la gerak ke rumah masing-masing.Ikutkan x nak balik dah.huhu..
Ok nak update juga..Last qila dapat beli chocolate blog yang Qila idamkan dari hari Rabu lepas dekat Tesco..Memang malam ni boleh tido lena~disebabkan kaki dan otot2 badan mula terasa sakit. Dengan angin yang sejuk,bilik yang nyaman,comforter qila,comot ada disebelah..Memang perfect~Night suma..Esok qila update story yang best2 ok.Love u all~
Cinta itu suatu anugerah,bukan suatu hasil usaha.Cinta datang dari Tuhan.
Cinta adalah sebuah janji.Cinta adalah sebuah cenderahati,sekali diberi tidak akan dilupakan,jangan biarkan ia hilang.
Jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan permintaan.Namun ia hadir kerana ketentuannya.
Jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan.Namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa.Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan keperitan di hati.
Cinta itu tak semestinya diungkapkan dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak memahaminya dan menghargainya.Apalah erti ungkapan cinta itu jika tiada keihklasan di hati.
Cinta itu suatu seksaan jika tiada kepastian.Jiwa akan gelisah selagi tiada kepastian.Semua benda rasa serba tak kena.Memang perit untuk menelannya.
Cinta tak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan.Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal.Restu menentukan kebahagiaan perkahwinan itu sebenarnya.
Untuk bercinta,kita mesti berani berdepan dengan liku-liku cinta.Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.
Cinta itu suatu penyakit .Ia buat jantung kita berdegup kencang.Gementar bila berdepan dengan cinta.
Semakin ia dekat,semakin kuat ia berdegup.
Cinta adalah virus.Sehari tak jumpa ,bagaikan setahun rindunya.Mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena mengingatkan cinta di hati.
Cinta itu buta. Cinta tak kenal umur,warna kulit dan fizikal seseorang.Cinta adalah suatu perasaan sayang yang amat suci lagi murni.
Cinta boleh menukar seseorang menjadi air,sakit menjadi kenikmatan.Kadang-kadang kesalahan boleh bertukar sebuah kewajaran.Nak marah pun tak sampai hati dah.
Cinta yang dicari pasti pergi.Cinta sejati kekal abadi~
Saya pegang pada kata-kata ini sampai sekarang.
Buat apa mengejar pada seseorang yang tak menghargai kita. Disebabkan itu ,saya telah buang jauh-jauh perasaan itu. Hentikan saja hubungan yang tiada jawapan yang meyakinkan Cinta pada orang yang benar-benar mencintai kita~
Tomorrow..I hope magic will help us~We already hope everything will be fine and will be end with something good~huhu~I have no idea what will be happen in that meeting tomorrow~50/50..
Alkisahnya macam ni~bukan isu besar pun s'benarnya~!tapi tetap isu besar d'sebabkan earnings yang kami dapat dari nuffnang~Disebabkan blog inilah..http://ierasyahirastory.blogspot.com/ .. Analisis dijalankan besar-besaran~Sorry kak ira..D'sebabkan jelas,perasaan x dpt d'kawal...
Qila akan terima kenyataan,walaupun followers qila lebih ramai and daily analisis qila lebih tinggi.. Kak ira tetap menang.
1.Disebabkan info blog kak ira lebih b'fakta b'banding blog qila~
2.Nuffnang lebih sayang blog kak ira~tu yang iklan yang kak ira dapat lebih banyak b'banding qila dapat~
3.BE x b'maksud earning yang kita dapat lebih dari orang yang x dapat BE.
4.Lagi 1 nuffnang not a human but system.So kena faham di sini..x ad point kesian ke apa.
So yang penting sekarang keyword yang boleh d'kesan system untuk d'masukkan dalam earnings~
Rumusan dari sini~
Qila akan lebih berusaha walaupun tau mustahil untuk memotong earnings kak ira tu...huhuhuhuhu
Jeles tetap ada.Nuffnang tolong sayang qila pula lepas ni setelah blog ini d'upgrade~
Usaha tangga kejayaan~
Nama penuh Noor Aqilah Zakaria..Just call me qila k..I'm married..Now I'm working as software test engineer with Heitech Padu ..I love to draw n something like art..i love that..n I love to watch korean movie..and I love to explore a new thing @ hobby.. I love travelling very much..