Support Me!

Thursday, September 22, 2011

Mekong Thai Kangaroo at Adelaide





Daging kangaroo masak paprik..
Gara-gara sampai ke negara yang t'kenal dengan kangaroo...
Santapan untuk dinner sudah semestinya kangaroo paprik yang sedap..
Daging yang lembut d'tambah dengan kuah paprik yang menyelerakan...
Bagi yang sesiapa yang ada kesempatan ke Adelaide ,singgah la di sini...
Antara hidangan lain yang 'best' dekat sini ialah tomyam..
Jarang nak dapat tomyam di Adelaide ala-ala thailand...
So...datang je di sini...Harga pun boleh tahan...
Yang penting kenyang dan berbaloi~

*Note:Jangan bayangkan muka kangaroo kalau nak makan dengan kenyang ye~


Monday, September 12, 2011

Welcome to My Grandfather's Home~






Rumah arwah atuk di Malacca...
B'hadapan dengan Riviera Hotel nama dahulu kalanya...
Sekarang Everly Resort Malacca...
Sekarang makteh yang jaga rumah pusaka ni..
Berapa kali kot datang tapi tak bergambar...
So..qila mengambil kesempatan hari ini untuk bergambar di depan rumah arwah atuk..

*Note:Bagi sesiapa nak makan masak asam daging yang pekat,dialu2kan b'tandang ke sini...

Saturday, September 10, 2011

Welcome to Sg Melaka~




Gara-gara ingin melepaskan hajat adikku Aiman..
Satu family turun sama-sama beratur panjang untuk menaiki bot..
Almaklumlah cuti raya katakan...
Memang berbaloi menunggu hampir setengah jam juga la..
Tiket hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak...

*Note: Bagi yang ingin melihat cahaya lampu yang cantik2,better datang malam...Nice view~

Saturday, September 3, 2011

1st Raya at Malacca~





Sesi b'gambar keluarga memang tak sah kalau tak buat kan..
Antara gambar-gambar yang sempat diambil di pagi raya di rumah nenek....
Tahun ni keluarga makandak je yang beraya pada satu hari raya di rumah nenek...
Yang lain beraya di rumah belah mertua...
Nasib baiklah mak n ayah qila 1 kampung...
Dah untung dah bab balik kampung...
Tak payah nak main "osom" ke "lat ta lilat ke"...
Memang terbaiklah....

Tahun ni gambar family qila kurang sorang...
Along tak balik beraya..huhuhu

Saturday, August 27, 2011

Balik kampung!!!!!

Rasanya semua orang menunggu saat balik kampung kan...
Almaklumlah...setelah sebulan berpuasa...
Cuti raya juga la paling lama yang d'nanti2kan..
Bagi yang b'kerja yang tidak henti2...
Masa inilah yang digunakan untuk mengeratkan kembali silaturrahim sesama keluarga...

Tahun ni seperti biasa qila akan pulang ke Melaka..
Tak perlu nak main osom ke apa2..sebab memang mak & ayah orang Melaka...
Memang tiap2 taun la ke Melaka....
Insyaallah taun depan balik kampung lain pula kot....

Tahun ni..Along tak sempat nak balik beraya bersama..
Along beraya di atas kapal la nampaknya...
Apa2 pun we all miss u Along...

*Note:Lama tak jumpa nenek..

Saturday, August 20, 2011

Melbourne Balloon Flight~




Nak tau tak seawal 6a.m di Melbourne dah macam 8a.m di Malaysia...
Ada satu yang menarik perhatian qila sewaktu perjalanan ke Great Ocean Road..
Hot air balloon di awal 6a.m..

Info yang qila dapat dari Mr Sam mengatakan memang hari2 ada hot air balloon tu...
Rupa-rupanya orang dekat Melbourne b'sarapan pagi di dalam hot air balloon tu...
Bestnye...Dating dekat atas hot air balloon...

Tapi m'ngikut perancangan, hot air balloon tiada dalam senarai p'jalanan qila..
Oleh yang demikian..qila b'peluang untuk mengambil gambar hot air balloon je dari jauh..
Thank you Mr Sam sebab sudi m'perlahankan kenderaan anda...

Insyaallah kalau b'kesempatan lagi..qila akan datang naik hot air balloon itu...
Jika d'berikan rezeki untuk ke sana lagi la...

Sedikit info yang qila dapat

Melbourne Flight $350- Per Person
Melbourne Flight with Champagne breakfast $375- Per Person
Child Rate $270- Per Person
Child Rate with Breakfast $285- Per Person
(Child Age 6-12 yrs only)
 source: click here~

*Note: I love travelling so much.. 

Secret Recipe at Rawang~




Tujuan asal nak makan ice cream dekat ice room..
Tapi hampa tutup pula...
So plan bertukar ke Secret Recipe..
Maka order la banana split ni....

Janji ada ice cream juga kan...
Kalau tak dapat ice cream, balik dengan hampa pula kan..
Nanti tak boleh tido pula kan...
Mak qila pesan kalau nak makan, makan je...
Jangan simpan2 dalam hati tu...

*Note: Suka makan cheese cake dan ice cream...
Tapi ada time2 la..bukan selalu...

Friday, August 19, 2011

BBQ Chicken at Wangsa Walk~





Lama kan qila tak update blog ni tentang makanan..
Almaklumlah bulan2 puasa ni kan...
Nak update tentang makanan je qila b'fikir 2,3 kali..
Tergugat k'imanan qila bila tengok makanan...

Tapi nak update sikit la tempat yang qila pergi hari tu bersama kawan...
BBQ Chicken yang terletak di Wangsa Walk...
Makanan memang ok,tapi sikit sangat la ayam yang dipotong tu..
Kalau lebih kan sikit mesti best..
Lepas tu salad dekat sini fresh sangat...
Pasal air pula..coklat tu macam tak rasa la...

Qila boleh bagi 6/10 je dekat restoran kali ni...

*Note: Macam tak cukup je makan chicken chop hari tu..
Nasib la dpt backup dengan salad yang fresh...




Wednesday, August 17, 2011

Kereta vs Perempuan~



Gara-gara hujan yang lebat semalam sepanjang perjalanan qila ke Bukit Beruntung..
Gara-gara tahap kelajuan yang boleh dikira boleh 'tahan la'....
Gara-gara excited sangat nak balik berbuka...
Gara-gara dah nampak signboard Rawang...

Disebabkan itu juga la membawa kepada faktor kemalangan itu...
Disebabkan kemalangan itu juga la kereta buat hal pagi2 ni...

Walaupun luaran tidak teruk,jangan sangka dalaman ok...
Memang jawapannya tidak sama sekali betul...
Disebabkan ini juga qila telah m'ganggu seperti biasa  Kak Ira~ yang pro bab kereta...
Gangguan juga melibatkan Kak Emi~  dan Aina~ secara tidak langsung....
Qila juga telah mengganggu Izzul dan Acu dalam misi mencari pertolongan...
Jasa korang amatlah dihargai...

Note:
Dengan ini qila berjanji akan lebih b'hati2 dalam pemanduan selepas ini...


Cinta di bulan puasa~


Cuba hayati lagu dari sofaz ni betul2 ye...
Baru pagi tadi qila dengar dekat hotfm...
Memang best dan kena dengan keadaan qila sekarang..

Qila mula belajar erti sebenar cinta itu...
Yang selama ini qila hanya redah je untuk b'cinta..
Dan mungkin ini la hikmah d'sebalik p'pisahan yang berlaku...

Qila berharap cinta kali ini sampai ke p'hujungnya....
Berkat kesabaran membawa kepada suatu hasil yang tidak disangka2....

*Note:
Kepada Kak Emi~ n Kak Ira~
Percayalah lambat atau cepat ,cinta itu tetap akan datang..
Insyaallah....