Support Me!

Monday, November 14, 2011

Wedding Abang Muhaimin at Penang~






Selamat pengantin Abang Muhaimin...
Semoga berbahagia ke anak cucu hendaknya....
Alhamdulillah anak pakngah sorang lagi dah selamat menjadi lelaki orang..

Jodoh pertemuan tu adalah kerja Allah...
Sabar saje bagi yang tiada teman...
Insyaallah ada...
Percaya yang setiap orang telah dilahirkan berpasangan...

*Note: Perkahwinan itu indah~

Wednesday, November 9, 2011

Beruang kutub~


Tiba-tiba rasa diri ini seperti beruang kutub...
Suhu mesti kena 16 -20 darjah celcius ok...
Rasa kalau boleh jadi 10 darjah celcius pun best juga kan....
Nasib la kan yang duduk sebilik dengan qila..
Kadang-kadang terasa diri ini kejam pula...
Tapi...bukan qila sorang je macam ni....
Ada geng...
Kalau tak caye tanya la bungaoren~...
Lebih kurang sama la.....hehehehe

*Note:Sukanya....

Jom tengok sunset~





Alhamdulillah...
Pada hari ini qila masih bernafas...
Masih boleh menikmati kehidupan alam ini...
Indah sangat bila melihat keindahan di depan mata...

Qila percaya..apa yang berlaku mesti bersebab..
Qila amat b'terima kasih bagi kawan yang memberi dorongan yang sedikit sebanyak
menguatkan qila lagi..
Mungkin ini adalah lumrah sebenar kehidupan...

Qila b'syukur sangat, qila dapat merasakan pahit manis kehidupan ini..
Insyaallah dengan doa dan berkat kesabaran...
Semua yang berlaku pasti ada penyelesaiannya...
Insyaallah...

*Note:Biar masa menentukan segalanya~



Tuesday, November 8, 2011

Communication is important in our relationship~


This is not my favorite song..but others maybe yes..
First I would like to say that COMMUNICATION is very important...

When we love each other ,just say that word i do..
When we love each other, just share the problem...
When we love each other, we need to be patient..

Everything need to be discuss..

*Note: We need time to know each other well~
I miss you so much..Insyaallah..



Friday, November 4, 2011

Di saat Aku Mencintaimu~


Sampai di saat ini qila hanya menanti jawapan dari mulut dia..
Penantian yang tidak tahu di mana penghujungnya..
Sebak hati ini apabila ditinggalkan tanpa sebarang jawapan..
Sekurang-kurangnya berikan jawapan sebab untuk dia berbuat begini..

Tipu kalau qila cakap,qila tak terasa dengan apa yang berlaku...
Tipu juga qila cakap qila tak sayangkan dia..
Tipu juga kalau qila cakap qila tak rindukan dia....
Tipu juga kalau qila cakap qila tak cuba selamatkan hubungan ini...

Qila harap sangat kalau dia baca blog ni..
Tolonglah faham yang hati perempuan sangat lembut ,walau keras macam mana pun dia..
Qila berharap sangat masih ada sinar dalam hubungan ini...
Qila redha dengan apa sahaja jawapannya...

*Note:I really miss him~

Thursday, November 3, 2011

Be honest is better than be silent person~




Tiba-tiba teringat zaman belajar dahulu kala...
Zaman kegemilanganku...
Rasanya sekarang pun gemilang juga kan...
Macam-macam juga yang perlu qila rempuh untuk sampai ke masa kini...

Ada ramai jenis kawan yang qila jumpa juga...
Ada yang hanya tahu mendekati kita di kala kesenangan...
Ada juga yang kita nampak di kala kesusahan...
Kadang-kadang manusia ni senang melakukan kesilapan...

Lebih kurang dalam bab bercinta...
Ada yang mula-mula memang susah kot nak lepas...
Yelah orang dah sayang giler kan..
Tapi sekarang qila tak rasakan semua macam tu dah..
Mungkin sebab diri ini yang semakin dewasa...

Qila hanya mampu tanamkan dalam diri...
Kalau itu jodoh qila,insyaallah ia tidak akan ke mana..
Jika tidak ,mungkin ada hikmah di sebalik setiap perpisahan ini..
Insyaallah..Tuhan itu maha adil...

Pengalaman banyak mengajar erti sebenar sebuah kehidupan...
Walaupun banyak kali qila gagal dalam percintaan..
Qila ambil bahagian positifnya, yang banyak mengajar erti ketabahan..
Walaupun pada mulanya agak tertekan..
Atas dorongan kawan baik yang sentiasa ada di sisi,semuanya berubah...
Qila lebih rasional dengan semua masalah...

*Note: Thankz chap sebab selalu support qila..



Sunday, October 30, 2011

Jom keluar cari takoyaki~






Motif post qila kali ni sebenarnya nak cakap pasal takoyaki...
Abaikan gambar 2 ke atas tu..
Saja nak tunjuk muka yang happy bila ada kawan baik yang ajak keluar..
Yang sentiasa memahami di kala diri qila yang lagi kesunyian...
Almaklumlah buah hati yang sibuk entah mana menghilang pun qila tak tau..

Pusing punya pusing Jusco Kepong..
Berjaya juga jumpa dengan takoyaki...
Betapa bahagianya bila misi untuk makan takoyaki berjaya...
Sambil misi untuk cuci mata dengan perkataan SALE di dinding...

Yang bestnye..SALE yang boleh m'gugat hati seorang perempuan...
tipulah kalau perempuan di luar sana cakap 'NO'...

Bayangkan kasut yang RM49.90 satu tu boleh jadi BUY 2 for RM80...
Bayangkan lagi handbag yang RM429.90 boleh jadi 70%....
Bayangkan juga SALE for 1 day only...
Maksudnya untuk hari ni je kan....
Bayangkan jelah ye...

Tiba-tiba I love takoyaki tukar I love shopping so much...

*Note: Balik rumah ni confirm my mum bising lagi la dengan collection kasut dekat almari tu bila masa nak pakai entah...Memang gatal beli,tapi tak reti nak pakai...Apakah motifnye ye??
Qila pun tak pasti...Suka susun kotak kasut bagi tinggi kot...

Saturday, October 29, 2011

I love the melody~



I'm not the 'jiwang girl' but I'm really need attention from someone that he said that he do love me...

I just request for 5 minutes not half an hour ..
 
I miss him so much and I do love him..
I'm really understand if he was really busy but human being need time to rest..
I am really need him right now...
 
Whatever you want to say...
Yes I'm 'manja girl'
 
*Note: Work will never end...


Friday, October 28, 2011

Welcome to Eureka Skydeck Part 2~







Hampir t'lupa nak update untuk Eureka Skydeck Part 2...
Gara-gara Allah hanya kurniakan dua tangan bak kata kak emi~
Manusia bukannya robot yang boleh 'ON' 24 jam..
Ada tahap yang manusia itu perlukan masa untuk 'OFF'...

B'balik pada cerita Eureka ni..
Memang cantik sangat bila bangunan2 dilihat dari ketinggian 88 tingkat....
Segalanya nampak kecil sahaja dengan cahaya yang t'pancar indah di waktu malam..
Nampak begitu luasnya dunia ciptaan Allah..

Qila b'syukur sangat pada ketika ini,saat ini, kita masih boleh b'nafas di dunia ini...
Selagi ada hayat..Nikmatilah ciptaan yang Maha Kuasa...

Kadang-kadang manusia leka dengan duniawi semata-mata..
Cuba kita fikir sejenak...
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..
 
Note:Jom kita rehat sebentar dengan ice cream Magnum Classic....

Tuesday, October 25, 2011

Oh Tidak!!!Senarai Hitam!!!!


Website ni la tempat qila buat aduan terus tu~


Ni surat memohon maaf dari MARA...

Akhirnya selesai juga k'tidakpuasan hati ini.
Malu kot tiba-tiba surat senarai hitam sampai di rumah.
Tiada notis p'beritahuan kot.
Tiba-tiba je dah kena senarai hitam..

Dan dengan rasa tidak b'salah..
Datang tiba-tiba idea untuk membuat aduan..
Mana lagi kalau tak NCCC

Selalu dok dengar je sedia membantu kan..Apa lagi keluar la skill buat karangan sejenak..
Cuba tengok berapa b'kesannya aduan yang kita buat..
Selepas seminggu surat tindak balas dari NCCC sampai dekat rumah menyatakan
pihak mereka sedang m'jalankan siasatan..
Dan beberapa minggu kemudian..Pihak MARA
pula hantar surat maaf atas kesulitan yang berlaku..

Kesimpulannya, Memang b'hasil la aduan yang diajukan..
Untuk pengetahuan semua juga nama qila tiada dalam senarai hitam MARA lagi..
Harap-harap lepas ni pihak MARA
rajin-rajinla update sistem eBaki tu ye..

*Note:Lepas ni kalau ada perasaan ketidakpuasan tu jangan la simpan-simpan ye..
Buat je aduan dengan NCCC.. Mana la tau diorang boleh tolong...
Tak cuba,tak tau kan...Thankz NCCC sebab sedia m'bantu...