Support Me!

Monday, October 10, 2011

Welcome to Museum Restaurant~







Gara-gara ajakan dari kawan eyan~
Rezeki kami untuk m'jamah makanan di Museum Restaurant ni...
Tak sangka ada tempat makan di sini...

Bagi yang t'ingin makanan Iran ...
Bagi yang teringinkan ketenangan...
Silalah b'kunjung di sini...

Makanan dekat sini pun best...
Thankz to Eyan...
Next time boleh ajak lagi ye...
Thankz juga dekat kak emi~ yang snap gambar-gambar dekat atas ni...
Tapi menggunakan iphone kak zaida....
Thankz iphone kak zaida...
*Note: lepas ni boleh buat trip ke museum pula ye selepas cmmi & mara habis~

Saturday, October 8, 2011

Time to Change~






Keadaan awan akan sentiasa berubah...

Seperti keadaan manusia juga..
Berubah mengikut masa...

Qila pun tak tau apa yang sedang dan akan berlaku...
Yang qila tau masa untuk berubah sudah sampai..
Jika qila inginkan masa depan yang cerah..

Jika qila masih b'tahan...
Sampai bilakan???

Gara-gara ingin b'cuti dan memenuhi segala k'perluan yang t'hasrat d'hati...
Gara-gara ingin m'lakukan sesuatu yang tidak memeningkan kepala
tetapi m'dapat habuan yang lumayan...
Gara-gara ingin m'gisi tabungan masa depan...
Gara-gara tak nak sentiasa m'hulurkan tangan meminta duit poket....

Qila perlu b'undur segera dan m'ngubah hala tuju...

*Note: Thankz to my dad yang sentiasa m'beri p'tolongan yang tak dapat qila balas..
I love you dad sebab sentiasa memahami kehendak qila dan tidak pernah m'ngecewakan qila~



Thursday, October 6, 2011

Persekitaran sepanjang di Melbourne~









Train memang famous digunakan di sini..
Boleh dikatakan semua tempat p'hentian b'depan
dengan tempat yang ingin dikunjungi...
Memang sepanjang di Melbourne train menjadi pilihan.
Lagi satu ..Sumber m'nyatakan yang hari b'kerja,
naik train free je...Ini b'tujuan untuk m'ngurangkan
k'sesakan di jalan raya...
Bayangkan kalau Malaysia pun buat macam ni..
Naik train 'FREE'..Mesti best kan....

*Note:I love to stay at Melbourne very much..
      but my family at Malaysia... I love Malaysia too.


Wednesday, October 5, 2011

Pertemuan dan perpisahan~









Setiap pertemuan mesti ada perpisahan..
Seperti biasa qila sebagai ketua kebajikan untuk
SID b'tanggungjawab untuk m'ngadakan
majlis perpisahan untuk Yati dan En Suherman
Tempat yang mendapat vote t'banyak adalah ar-Rawsha
Makanan ala-ala arab..
Memang berbaloi makan dekat sini sebab makanan best.
Suasana restoran pun best
Harap yang lain pun suka dengan makanan dekat sini.

*Note:Rasa kalau tau bahasa arab mesti senang sikit kot nak
      order makanan..Sebab kebanyakan diorang tak faham apa yang
     kita cakap..

thankz kak emi~ untuk gambar-gambar ini~

Monday, October 3, 2011

Welcome to Queen Victoria Market~




Kalau nak tau dekat sini la tempat pelancong-pelancong mencari cenderahati....
Nak cari keychain ke, fridge magnet ke,apa saja ada dekat sini...
Tapi kena pandai juga survey dekat tempat lain...
Kadang-kadang harga dekat kedai-kedai lain tu lain..
so kena jaga-jaga la sikit...

Almaklumlah kita bukan penduduk tetap dekat sini...
Hanya menumpang sebentar...
So...faham-fahamlah kan...

Macam dekat Malaysia juga kan...
Dengar je loghat lain sikit,dah letak harga lain...
Memang terjadi pun kan...

*Note: Renung-renungkan dan selamat beramal~hehehe


Sunday, October 2, 2011

Jom Masuk Hutan~









Memang dekat Malaysia langsung tak pernah masuk hutan...
Ini adalah kali pertama qila jejak kaki masuk hutan...
Almaklumlah...qila pantang sikit binatang macam pacat,ulat suma kejadah tu...
Tapi tak sangka hutan yang qila masuk ni bersih dari semua tu...

Hutan yang t'simpan baka-baka pokok yang t'amat lama..
Lebih kurang pokok-pokok tua la yang masih b'tahan sampai sekarang..
Bayangkan betapa kukuhnya pokok tu b'diri di bumi ini...
Hebat tak hebat kuasa Allah...

Yang bezanya masuk hutan di Australia ni...
Jalan jauh mana dalam pun...Peluh tetap tak menitik....
Boleh bayang tak betapa sejuk bekunya bila masuk dalam hutan ni...
Sampai cakap dengan pemandu kitaorang Mr Sam sampai t'keluar2 asap...

Apa-apa pun memang best menikmati pemandangan sepanjang masuk hutan...
Tengok akak-akar pokok yang cantik t'belit-belit antara satu sama lain...
Boleh diibaratkan satu keluarga yang hidup aman dan damai...
Dan Mr Sam cakap..pokok-pokok ni tak d'ketahui bila akan tumbang..
Kalau tumbang bahaya juga...Mana tidaknya...
Ketinggian lebih kurang 10 kali ganda tinggi qila sekarang ...
Kuasa Allah..siapa yang tahu...

*Note: Kalau dating best tak agak2?

Saturday, October 1, 2011

Welcome to Jetstar for domestic flight~







Naik Jetstar ni ibarat naik bas la di Malaysia..
Lebih kurang 45 minit dah sampai ke destinasi..

Gara-gara tempoh masa di Melbourne dah tamat..
Gara-gara Adelaide memanggil2 untuk ke sana..
Sayang juga nak tinggalkan Melbourne...
Tapi apakan daya...Masa tidak mengizinkan..

Next time ada kesempatan..
Kita bersua kembali ye...

Friday, September 30, 2011

Welcome to Split Point Lighthouse~






Akhirnya nampak juga Lighthouse berdiri
teguh di depan mata..
Selalu tengok dalam gambar je..
Tapi sayang tak dapat naik...

So kami bergambar jelah..
Sebagai bukti jejak kami di sini..
Memang best sangat-sangat..
Pemandangan yang cukup cantik...

*Note:Sepanjang di Melbourne qila tak pernah nampak sampah @ kertas...Di manakah
diorang suma buang@ memang tiada langsung kertas??

Thursday, September 29, 2011

Dinner at City of Melbourne~





Setelah habis shopping dekat Victoria Market
Gara-gara ingin mencari segala list yang
di utuskan dari Malaysia..
Sampai ke malam tawaf cari barang...

Gara-gara penat dan kelaparan di sini sebuah
kedai orang Singapore tak salah menjadi hala tuju
kami untuk makan malam.

Beehun sup dengan keropok melinjau..
1st time tengok resipi ni di Melbourne..
Dan nasi goreng yang penuh pinggan b'serta
keropok ikan..

Dan tidak lupa jus durian dari Melbourne..
Macam tak percaya kan ada buah ni di Melbourne ni..
Terubat juga la kan bagi peminat-peminat durian
di Melbourne ni kan..Ada juga la rasa durian walaupun
tak sehebat di Malaysia...

Alhamdulillah kenyang kami malam tu...