Support Me!

Tuesday, February 25, 2014

Mungkin Diam adalah jawapannya~



Mungkin sampai masanya aku berdiam diri...
Mungkin susah untuk memahami diri ini..
Mungkin hati kau sahaja yang perlu dimengerti...bukan aku..
Ku hanya boneka yang hidup untuk mengikut kata-katamu..
Ku pasrah dengan ketentuan Ilahi..

Walaupun perit untuk ku telan..
Ku hanya insan biasa yang ada hati dan perasaan..
Biar orang lain bahagia..tetapi bukan aku..
Ku hanya orang luar ,yang menurut apa yang telah ditentukan..
Walaupun dalam hati berkata 'tidak', mulut ku dipaksa berkata 'ya' ..

Mungkin mudah bagi mereka, tetapi tidak aku..
Berkali-kali aku seorang penurut perintah..
Hanya mengangguk kata setuju, dalam hati Tuhan sahaja yang tahu..
Apa yang ku suarakan semuanya tidak sekali difahami ,kerana aku seorang wanita..
Wanita yang boleh hanya berkahwin sekali seumur hidupnya..
Mungkin mudah dilihat bagi kaum lelaki, tetapi tidak mudah bagi kaum wanita..

Hati ini seperti dihiris dan nafasku seolah-olah tidak mampu untuk bernafas lagi..
Ku bangun semua ini untuk mak dan ayahku..
Ku tak mampu untuk melihat mereka bersedih keranaku..
Mungkin takdirku telah ditetapkan begitu..
Jalan ini yang kupilih,jalan ini jugalah aku perlu redah hingga hujung nyawa..
Insyaallah ..

* Note:Biar orang buat kita, jangan kita buat orang...Insyaallah berkat hidup kita di dunia dan di akhirat..Amin


Monday, February 10, 2014

Holiday, holiday, holiday~


Tiba-tiba rasa nak bercuti pula..
Tiba-tiba teringatkan AirAsia..
Yelah tiket murah dekat AirAsia je boleh dapat..
Rindu nak bercuti jauh-jauh dengan kawan-kawan...

Tinggal 3 bulan je qila nak kahwin..
Tapi nape rasa macam tak best je macam 1st month dulu..
Seriously qila sangat-sangat frust bila ada perubahan macam tu sekali..
tapi tak tau nak buat macam mana dah..
Macam tak ada orang nak ambil peduli je...

Tapi tu bukan motif qila hari ni..
Motif qila hari ni..Qila nak pergi b'cuti..
Dah b'malam-malam qila fikirkan..Makan pun dah tak ada mood..
Kalau hari-hari macam ni..Confirm masuk wad..

So qila rasa better qila bercuti sebelum keadaan makin teruk..
Lepas balik nanti kita berserah je apa nak jadi..
Mungkin Allah dah tentukan segalanya untuk kita..

*Note:Doakan yang baik-baik je untuk qila..Amin

Sunday, December 29, 2013

My roomate @ officemate wedding~ Nurul Suhaida






Alhamdulillah selesai sudah wedding Nurul Suhaida selaku officemate @ roomate @ mate2..
Lepas ni tak ada dah peneman nak makan, jalan2 Putrajaya yang membosankan ni..huhu
Lepas ni kena tunggu tunang balik jelah untuk temankan..tu pun kalau dia tak sibuk..
Seorang demi seorang kawan qila kahwin...Penutup buku untuk tahun 2013 ni katakan..

Apa2 pun qila nak ucapkan tahniah kepada Nurul n Syazwan..
Kawan qila Adam pun kahwin juga keesokan harinya..Tak sempat nak pegi sebab tenaga dah kurang..
Tak sangka Adam kahwin dulu..Apa2 pun tahniah qila ucapkan..
Qila tau korang mesti baca apa yang qila duduk tulis ni..
Mesti kembang hidung2 dok baca bila qila mention nama korang kan..hehehe

Adat la..Setiap orang dilahirkan b'pasangan..Lambat dengan cepat je bezanya..
So lepas ni jangan lupa datang wedding qila pula ye..
Tujuan qila datang pun sebab nak collect hadiah banyak2..
Pandai tak taktik qila..Mesti kena balas m'balas kan..Adat orang Melayu katakan..

Last ..Qila nak pesan jadilah bini n suami yang baik..Amin..

*Note: Nape la qila tak kahwin cepat2..huhuhu
 



Monday, December 23, 2013

Adat Perpisahan



Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan..
Bagi yang single2 memang adat la keluar rumah sebab nak kahwin..
Dah nak kahwin kot..tak kan la nak duduk single2 lagi..Macam tak logik je...
Hampir dua tahun juga la duduk sama2..
Rasa kehilangan sikit la bila duduk sorang2 macam ni...
Dah tak ada geng nak merayau jauh2, nak shopping, nak makan jauh2, nak jalan2..
Lepas ni kena tunggu En tunang jelah nampaknya untuk menjadi teman orang di sini..
Terasa pula nak kahwin cepat2...tapi mana boleh macam tu kan...
Apa2 pun tahniah la kepada Nurul Suhaida sebab nak jadi isteri orang..
Harap dapat jadi isteri yang solehah hendaknya..Amin..

*Note:Sape nak dengar qila membebel dalam bilik ni lagi..huhuhuhuhu

Wednesday, December 18, 2013

Teh hijau oh teh hijau~


Gara- gara berat makin lama makin menjadi..
Gara- gara teguran dari kawan2, sedara2, mak2 sedara..
Gara- gara kebulatan makin t'serlah..
Gara- gara seluar semua tak boleh nak muat dah...
Gara- gara nak kahwin tahun depan...

Qila pun beli la teh hijau lipton ni untuk diminum setiap malam sebelum tido..
Nak makan ubat2 dekat pasaran sekarang agak takut la pula..
So qila ambil keputusan untuk amalkan teh hijau..
Biar lambat asalkan selamat..

Banyak khasiat teh hijau ni sebenarnya..Bukan untuk diet je tau..
Antara khasiat teh hijau adalah mengurangi penuaan..
Punya la masing-masing beli collagen la ,ubat sampingan apa entah nak bagi muda..
Padahal teh hijau sendiri boleh atasi masalah tu..
Teh hijau juga boleh m'cegah jerawat dan baik untuk perawatan kulit..
Stress pun boleh kurang dan m'cegah penyakit jantung sekali gus..

Banyak khasiat teh hijau sebenarnya..
So apa lagi ..Jom la kita amalkan minum teh hijau mulai hari ini...
Bukan dapat menurunkan berat badan je tapi boleh cegah p'bagai penyakit b'bahaya..

Lepas ni jangan tak percaya kalau qila dah slim...
Macam tak percaya je...Macam mimpi je....

*Note:Kawan qila pesan minum teh hijau tanpa gula..Jimat gula dekat rumah qila...




Monday, December 16, 2013

Hampir ke penghujung 2013~

Jom kita imbas kembali apa yang telah kita berjaya kecapi dan tidak..
Mungkin ada yang happy dan sedih..
Mungkin ada yang tidak d'jangka berlaku dan mencuit hati kita..
Semuanya telah ditentukan oleh Allah kepada kita..
Apa yang penting kita terima dengan hati yang terbuka..

Jom kita imbas balik apa yang pernah qila azamkan dulu..

1. Kurangkan k'garangan anda dengan orang yang menyayangi anda~
Need to change the way you speak with them~lembutkan sedikit bahasa tu~
[]
(Sampai sekarang pun masih dalam proses melembutkan..Agak sukar sikit la)

2. Buka pintu hati kepada yang lebih berhak~ Try untuk terima orang lain yang betul2
sayangkan anda~ Jangan kejar orang yang x sayangkan anda~
Katakan "NO" 
[]
(Untuk kes ni qila dah berjaya sayangkan orang lain yang lebih berhak dan Insyaallah bulan 5 ni qila akan menjadi isteri yang sah kepada dia.. :-)  )

3. No turning back with your ex~ or someone yang x b'potensi untuk anda~
Make your own way~Strict with your own life
 []
(Untuk kes ni memang qila dah buang jauh2 dah..Buang masa je kenangkan orang yang tak sudi dengan kita..)

Azam tahun 2014

Untuk tahun 2014 ni kena ubah sikit kot sebab 2014 tahun perubahan buat qila

1. Nak tukar kerja baru yang lebih office hour (9-6pm)
Kena la balik sebelum suami balik..Tak boleh la macam bujang2 dulu balik malam2 pun tak apa...

2. Nak beli rumah sendiri
Suka tengok orang yang ada rumah sendiri..Boleh hias rumah cantik2..Mesti best giler..

Target dua jelah dulu...Nanti tak t'capai pula kalau list banyak2..

*Note:Mesti bakal suami qila t'haru kan dapat bini macam qila ni..n thankz terima qila seadanya..hehehe


Monday, December 9, 2013

Akhirnya bertemu jua~


Lama giler kot kitaorg tak jumpa..
Last jumpa masa Ma kawen dulu..
Confirm la rindu sangat2..
Sampai anak Ma dah boleh jalan baru dapat jumpa..

Last minute trip yang betul2 last buat keputusan timbang kati..
Untuk korang qila terima pelawaan untuk join..
Ini last trip tau..Lepas ni qila kena dahulukan family..
Sangat enjoy dapat jumpa anak Ma..
As usual budak2 senang melekat dengan Qilah..
Alhamdulillah..I love kids so much..

*Note:Sorry to En tunang sebab tak tepati janji..Sorry sangat2~

Adik Sepupuku Ina pula tunang~



Alhamdulillah lepas sorang, sorang lagi selamat jadi tunangan orang...
Lepas ni kita tunggu pula sape pula ye..
Lepas ni tak boleh dah nakal2 ye..
Jaga tunang tu elok2 ye Ina..
Welcome to the group..
Group darah2 manis..

*Note:Ada kosong 3 lagi..Sape yang tak berpunya lagi, boleh roger qila..hehehe

 

Tuesday, October 29, 2013

Adik Sepupu Kahwin~






Bila adik sepupu qila kahwin..
Tengok tu adik sepupu qila lagi advance dari qila..
akak sepupu tak kahwin lagi ,dia dah kahwin dah..
Apa-apapun tahniah ye Nor dengan pasangannya Zul..

Memang dah musim kahwin kot..
Umur semua dah cukup ,memang dah patut kahwin pun..
Lepas ni giliran siapa pula la kan...
Tunggu kad jelah..
Hujung-hujung tahun confirm full orang kahwin..
Suka tengok orang kahwin ni..

*Note:Macam tak percaya je dah jadi tunangan orang..Lepas tu nak kahwin..Mimpi kot~

Monday, October 28, 2013

Officially Engaged~






Lama qila tak update blog ni kan.. Hari ni baru la semangat sikit nak update.
Nak bagi tau yang qila officially dah jadi tunang kepada Mohd Al Qushairi Zulkifli.
Akhirnya hubungan ini diiktiraf..Alhamdulillah...

Kami kawan sekolah je kot..Kira jumpa balik la ni..
Qila pun tak suka sangat pun dengan dia secara jujurnya..budak nakal dekat sekolah kot..sape nak..
Tak sangka pula dia berubah dah sekarang setelah kaji selidik dengan kawan2 lain..
Akhirnya qila terima dia sebagai kawan dan lama -kelamaan t'suka pula..
Tu yang pilih dia..Alhamdulillah semua b'jalan lancar..

Insyaallah kami akan diijabkabul pada 23 May 2014 ini..
Doakan la segalanya b'jalan lancar..Insyaallah...

*Note:Orang cakap dah tunang ni darah manis..kena la jaga pergaulan sikit..Insyaallah