Support Me!

Sunday, October 30, 2011

Jom keluar cari takoyaki~






Motif post qila kali ni sebenarnya nak cakap pasal takoyaki...
Abaikan gambar 2 ke atas tu..
Saja nak tunjuk muka yang happy bila ada kawan baik yang ajak keluar..
Yang sentiasa memahami di kala diri qila yang lagi kesunyian...
Almaklumlah buah hati yang sibuk entah mana menghilang pun qila tak tau..

Pusing punya pusing Jusco Kepong..
Berjaya juga jumpa dengan takoyaki...
Betapa bahagianya bila misi untuk makan takoyaki berjaya...
Sambil misi untuk cuci mata dengan perkataan SALE di dinding...

Yang bestnye..SALE yang boleh m'gugat hati seorang perempuan...
tipulah kalau perempuan di luar sana cakap 'NO'...

Bayangkan kasut yang RM49.90 satu tu boleh jadi BUY 2 for RM80...
Bayangkan lagi handbag yang RM429.90 boleh jadi 70%....
Bayangkan juga SALE for 1 day only...
Maksudnya untuk hari ni je kan....
Bayangkan jelah ye...

Tiba-tiba I love takoyaki tukar I love shopping so much...

*Note: Balik rumah ni confirm my mum bising lagi la dengan collection kasut dekat almari tu bila masa nak pakai entah...Memang gatal beli,tapi tak reti nak pakai...Apakah motifnye ye??
Qila pun tak pasti...Suka susun kotak kasut bagi tinggi kot...

Saturday, October 29, 2011

I love the melody~



I'm not the 'jiwang girl' but I'm really need attention from someone that he said that he do love me...

I just request for 5 minutes not half an hour ..
 
I miss him so much and I do love him..
I'm really understand if he was really busy but human being need time to rest..
I am really need him right now...
 
Whatever you want to say...
Yes I'm 'manja girl'
 
*Note: Work will never end...


Friday, October 28, 2011

Welcome to Eureka Skydeck Part 2~







Hampir t'lupa nak update untuk Eureka Skydeck Part 2...
Gara-gara Allah hanya kurniakan dua tangan bak kata kak emi~
Manusia bukannya robot yang boleh 'ON' 24 jam..
Ada tahap yang manusia itu perlukan masa untuk 'OFF'...

B'balik pada cerita Eureka ni..
Memang cantik sangat bila bangunan2 dilihat dari ketinggian 88 tingkat....
Segalanya nampak kecil sahaja dengan cahaya yang t'pancar indah di waktu malam..
Nampak begitu luasnya dunia ciptaan Allah..

Qila b'syukur sangat pada ketika ini,saat ini, kita masih boleh b'nafas di dunia ini...
Selagi ada hayat..Nikmatilah ciptaan yang Maha Kuasa...

Kadang-kadang manusia leka dengan duniawi semata-mata..
Cuba kita fikir sejenak...
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..
 
Note:Jom kita rehat sebentar dengan ice cream Magnum Classic....

Tuesday, October 25, 2011

Oh Tidak!!!Senarai Hitam!!!!


Website ni la tempat qila buat aduan terus tu~


Ni surat memohon maaf dari MARA...

Akhirnya selesai juga k'tidakpuasan hati ini.
Malu kot tiba-tiba surat senarai hitam sampai di rumah.
Tiada notis p'beritahuan kot.
Tiba-tiba je dah kena senarai hitam..

Dan dengan rasa tidak b'salah..
Datang tiba-tiba idea untuk membuat aduan..
Mana lagi kalau tak NCCC

Selalu dok dengar je sedia membantu kan..Apa lagi keluar la skill buat karangan sejenak..
Cuba tengok berapa b'kesannya aduan yang kita buat..
Selepas seminggu surat tindak balas dari NCCC sampai dekat rumah menyatakan
pihak mereka sedang m'jalankan siasatan..
Dan beberapa minggu kemudian..Pihak MARA
pula hantar surat maaf atas kesulitan yang berlaku..

Kesimpulannya, Memang b'hasil la aduan yang diajukan..
Untuk pengetahuan semua juga nama qila tiada dalam senarai hitam MARA lagi..
Harap-harap lepas ni pihak MARA
rajin-rajinla update sistem eBaki tu ye..

*Note:Lepas ni kalau ada perasaan ketidakpuasan tu jangan la simpan-simpan ye..
Buat je aduan dengan NCCC.. Mana la tau diorang boleh tolong...
Tak cuba,tak tau kan...Thankz NCCC sebab sedia m'bantu...

Friday, October 21, 2011

Welcome to Eureka Skydeck Part 1~







Bagi yang sukakan ketinggian..
Bagi yang sukakan cabaran..
Boleh la rasakannya semasa menaiki bangunan 88 tingkat ini..
Eureka Skydeck yang berada di tengah2 Melbourne...
Memang best dan teruja sangat bila dapat melihat sendiri pemandangan yang cukup indah..

Tahap kesejukan bila berada di atas memang tak dinafikan beku..
Lebih kurang 3-5 darjah celcius...
Dengan tiupan angin malam yang kuat..
Memang sesuai bagi sesiapa yang ingin menikmati pemandangan malam..
Diiringi dengan angin yang sejuk lagi beku...

*Note: Dapat sijil lagi bagi sesiapa yang berani naik..
Qila dah dapat sijil tu,anda bila lagi?

Tuesday, October 18, 2011

Life as koala~



Gara-gara tido yang tak cukup..
Gara-gara keje pun tak settle2..
Mata masing2 dah macam koala dah...

Rasa kalau dok b'sama koala pun lebih kurang sama dah...
Dah macam adik beradik tu..
Memang cute sangat qila rasa...

Qila harap sangat benda ni akan b'akhir dengan cepat..
Mari kita doa sama-sama...
Amin..

Saturday, October 15, 2011

I need ayam brand~




Apa kena mengena gambar di atas dengan ayam brand kan...
Bukan apa...untuk hilangkan perkara2 negatif bermain-main di dalam fikiran...
Kita kena amalkan menikmati gambar2 yang cantik dan bayangkan kita berada di sana..
Macam berangan juga la...

Tapi qila rasa dengan melihat gambar-gambar ni tak cukup la..
Bak kata Leen @ Mak tiri ke @ Nenek tiri CMMI ek?
Apa-apa la..Dia la yang suruh minum ayam brand ni...
Untuk kuatkan minda dan supaya cepat sikit untuk b'fikir dalam buat karangan dalam CMMI tu..
Dalam masa sama boleh buat testing MARA dengan bahagianya...

Lagi satu nak tambah..Boleh acting sebagai Project Manager Attandance dengan baik juga~
Boleh acting juga masa buat testing dengan user2 MARA nanti..
Oh 11 orang dalam lab...
Memang t'baik la...
Harap2 lepas ni boleh jadi actress yang t'kenal pada abad ini...

All the best qila!!!

*Note: Kalau kawen jaga anak dekat rumah pun tak semudah jadi actress kan...Nak b'fikir jap..
Selamat malam~

Monday, October 10, 2011

Welcome to Museum Restaurant~







Gara-gara ajakan dari kawan eyan~
Rezeki kami untuk m'jamah makanan di Museum Restaurant ni...
Tak sangka ada tempat makan di sini...

Bagi yang t'ingin makanan Iran ...
Bagi yang teringinkan ketenangan...
Silalah b'kunjung di sini...

Makanan dekat sini pun best...
Thankz to Eyan...
Next time boleh ajak lagi ye...
Thankz juga dekat kak emi~ yang snap gambar-gambar dekat atas ni...
Tapi menggunakan iphone kak zaida....
Thankz iphone kak zaida...
*Note: lepas ni boleh buat trip ke museum pula ye selepas cmmi & mara habis~

Saturday, October 8, 2011

Time to Change~






Keadaan awan akan sentiasa berubah...

Seperti keadaan manusia juga..
Berubah mengikut masa...

Qila pun tak tau apa yang sedang dan akan berlaku...
Yang qila tau masa untuk berubah sudah sampai..
Jika qila inginkan masa depan yang cerah..

Jika qila masih b'tahan...
Sampai bilakan???

Gara-gara ingin b'cuti dan memenuhi segala k'perluan yang t'hasrat d'hati...
Gara-gara ingin m'lakukan sesuatu yang tidak memeningkan kepala
tetapi m'dapat habuan yang lumayan...
Gara-gara ingin m'gisi tabungan masa depan...
Gara-gara tak nak sentiasa m'hulurkan tangan meminta duit poket....

Qila perlu b'undur segera dan m'ngubah hala tuju...

*Note: Thankz to my dad yang sentiasa m'beri p'tolongan yang tak dapat qila balas..
I love you dad sebab sentiasa memahami kehendak qila dan tidak pernah m'ngecewakan qila~



Thursday, October 6, 2011

Persekitaran sepanjang di Melbourne~









Train memang famous digunakan di sini..
Boleh dikatakan semua tempat p'hentian b'depan
dengan tempat yang ingin dikunjungi...
Memang sepanjang di Melbourne train menjadi pilihan.
Lagi satu ..Sumber m'nyatakan yang hari b'kerja,
naik train free je...Ini b'tujuan untuk m'ngurangkan
k'sesakan di jalan raya...
Bayangkan kalau Malaysia pun buat macam ni..
Naik train 'FREE'..Mesti best kan....

*Note:I love to stay at Melbourne very much..
      but my family at Malaysia... I love Malaysia too.


Wednesday, October 5, 2011

Pertemuan dan perpisahan~









Setiap pertemuan mesti ada perpisahan..
Seperti biasa qila sebagai ketua kebajikan untuk
SID b'tanggungjawab untuk m'ngadakan
majlis perpisahan untuk Yati dan En Suherman
Tempat yang mendapat vote t'banyak adalah ar-Rawsha
Makanan ala-ala arab..
Memang berbaloi makan dekat sini sebab makanan best.
Suasana restoran pun best
Harap yang lain pun suka dengan makanan dekat sini.

*Note:Rasa kalau tau bahasa arab mesti senang sikit kot nak
      order makanan..Sebab kebanyakan diorang tak faham apa yang
     kita cakap..

thankz kak emi~ untuk gambar-gambar ini~

Monday, October 3, 2011

Welcome to Queen Victoria Market~




Kalau nak tau dekat sini la tempat pelancong-pelancong mencari cenderahati....
Nak cari keychain ke, fridge magnet ke,apa saja ada dekat sini...
Tapi kena pandai juga survey dekat tempat lain...
Kadang-kadang harga dekat kedai-kedai lain tu lain..
so kena jaga-jaga la sikit...

Almaklumlah kita bukan penduduk tetap dekat sini...
Hanya menumpang sebentar...
So...faham-fahamlah kan...

Macam dekat Malaysia juga kan...
Dengar je loghat lain sikit,dah letak harga lain...
Memang terjadi pun kan...

*Note: Renung-renungkan dan selamat beramal~hehehe