Support Me!

Friday, October 28, 2011

Welcome to Eureka Skydeck Part 2~







Hampir t'lupa nak update untuk Eureka Skydeck Part 2...
Gara-gara Allah hanya kurniakan dua tangan bak kata kak emi~
Manusia bukannya robot yang boleh 'ON' 24 jam..
Ada tahap yang manusia itu perlukan masa untuk 'OFF'...

B'balik pada cerita Eureka ni..
Memang cantik sangat bila bangunan2 dilihat dari ketinggian 88 tingkat....
Segalanya nampak kecil sahaja dengan cahaya yang t'pancar indah di waktu malam..
Nampak begitu luasnya dunia ciptaan Allah..

Qila b'syukur sangat pada ketika ini,saat ini, kita masih boleh b'nafas di dunia ini...
Selagi ada hayat..Nikmatilah ciptaan yang Maha Kuasa...

Kadang-kadang manusia leka dengan duniawi semata-mata..
Cuba kita fikir sejenak...
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..
 
Note:Jom kita rehat sebentar dengan ice cream Magnum Classic....

No comments: