Support Me!

Wednesday, January 12, 2011

Cik Peah's Contest~Cinta Bagi Saya Adalah....

Cinta bagi saya adalah…



Cinta adalah tujuan dari hidup

Cinta bererti memberi

Cinta adalah Pengorbanan

Cinta itu suatu anugerah,bukan suatu hasil usaha.Cinta datang dari Tuhan.

Cinta adalah sebuah janji.Cinta adalah sebuah cenderahati,sekali diberi tidak akan dilupakan,jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan permintaan.Namun ia hadir kerana ketentuannya.

Jika ia sebuah cinta,ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan.Namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa.Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan keperitan di hati.

Cinta itu tak semestinya diungkapkan dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak memahaminya dan menghargainya.Apalah erti ungkapan cinta itu jika tiada keihklasan di hati.

Cinta itu suatu seksaan jika tiada kepastian.Jiwa akan gelisah selagi tiada kepastian.Semua benda rasa serba tak kena.Memang perit untuk menelannya.

Cinta tak semestinya berakhir dengan ikatan perkahwinan.Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal.Restu menentukan kebahagiaan perkahwinan itu sebenarnya.

Untuk bercinta,kita mesti berani berdepan dengan liku-liku cinta.Bersedialah menghadapi kegagalan sebelum kegagalan menghancurkan hidup kita.

Cinta itu suatu penyakit .Ia buat jantung kita berdegup kencang.Gementar bila berdepan dengan cinta.
Semakin ia dekat,semakin kuat ia berdegup.

Cinta adalah virus.Sehari tak jumpa ,bagaikan setahun rindunya.Mandi tak basah,makan tak kenyang,tidur tak lena mengingatkan cinta di hati.

Cinta itu buta. Cinta tak kenal umur,warna kulit dan fizikal seseorang.Cinta adalah suatu perasaan sayang yang amat suci lagi murni.

Cinta boleh menukar seseorang menjadi air,sakit menjadi kenikmatan.Kadang-kadang kesalahan boleh bertukar sebuah kewajaran.Nak marah pun tak sampai hati dah.

Cinta yang dicari pasti pergi.Cinta sejati kekal abadi~

Saya pegang pada kata-kata ini sampai sekarang.

Buat apa mengejar pada seseorang yang tak menghargai kita.
Disebabkan itu ,saya telah buang jauh-jauh perasaan itu.
Hentikan saja hubungan yang tiada jawapan yang meyakinkan
Cinta pada orang yang benar-benar mencintai kita~

Lebih mulia~Hati pun senang..

Nukilan dari : Noor Aqilah Zakaria @cutiez
Sebab nak menang: Saya nak tiket free tu untuk belanja my special one~
Cinta yang berjaya mengambil hati saya yang keras @batu .



4 comments:

peah @ peps said...

wahhh...touching..touching ni...ni mesti ikhlas dari dalam ni...

thanks aqila..for joining the contest....

Don't Sudoku and Drive

aqilah said...

ikhlas dari hati~tiba2 qila rasa ad bakat menulis rupanya~hehehe.. tapi bab cinta je~

nur said...

wah.. very the ikhas.. nampak disitu..
ALL IN ONE visit dari cik P's blog

aqilah said...

ikhlas dari hati~